Posted by: ibnusulaiman | 2 January, 2008

Memilih Calon Suami Anjuran Rasulullah

Melalui artikel yang lalu, saya ada membawakan berkenaan sekitar persoalan memilih isteri solehah di bawah tajuk “Memilih Calun Isteri Anjuran Raulullah s.a.w.”. Kali ini, insya-Allah saya akan cuba membawakan/membentangkan persoalan lelaki yang sewajarnya dipilih (atau yang menjadi keutamaan) menjadi suami.

Berdasarkan artikel yang lepas, ramai yang bertanya, masih wujudkah wanita seperti itu. Jawab saya melalui artikel ini, “Ya, masih wujud.” Kalau tidak wujud, anda sebagai wanita yang membacanya, perlulah berusaha mewujudkannya.

Dan andainya, dirasakan terlalu sukar untuk memenuhi kriteria yang saya cuba utarakan/sampaikan, tiada salahnya memilih yang terbaik di antara yang ada yang menghampiri kepada kriteria-kriteria yang dibawakan dalam artikel yang lalu. Secara kesimpulannya, dahulukanlah keutamaan agamanya dan yang mendekati ciri-ciri yang baik tersebut. – wallahu a’lam…

Untuk artikel kali ini, saya cuba membawakan beberapa ciri asas sahaja dan penjelasannya saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya/menimbangkannya. Dalam persoalan memilih atau mencarikan suami untuk seseorang wanita, wali atau ibu bapa memainkan peranan yang penting sekali dalam hal ini. Ini adalah kerana, mereka berperanan sebagai perantara kepada anak-anak perempuan mereka dalam kebanyakan urusan. Di samping mendidik, menjaga, memelihara, para wali/ibu bapa juga berperanan untuk menikahkan anak gadis mereka masing-masing. Untuk itu, adalah penting untuk kita mengetahui bagaimana ciri-ciri asas seorang lelaki yang wajar dinikahkan kepada anak gadisnya menurut sisi garisan/pandangan Islam.

Kriteria Umum Seorang Suami Pilihan

Kriteria yang pertama adalah keutamaan kepada yang baik agamanya. Ini diukur kepada akidahnya dan bagaimana dia beramal dengan Islam. Adakah ia menjaga solatnya, akhlaknya, dan seumpamanya. Ini adalah berdasarkan hadis ini:

“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)

Kemudiannya, hendaklah lelaki itu yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik bagi memimpin sebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)

Ini adalah bagi menjamin antaranya keselamatan, kebahagian, nafkah (kewangan), dan pengurusan yang baik. Dalam persoalan lelaki sebagai pemimpin, lelaki dilebihkan dalam beberapa hal, antaranya adalah keupayaan fizikal yang melebihi wanita, dan kebolehan untuk bergerak dalam melaksanakan kerja/tugasan di luar.

Di samping itu, lelaki/suami juga perlulah berupaya mendidik keluarganya ke arah agama dan kehidupan yang baik. Ini adalah bagi menjamin kesejahteraan dalam berumahtangga, melahirkan zuriat yang soleh-solehah serta menjamin kebaikan di akhirat kelak. Oleh itu, bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, suami juga perlulah memiliki ilmu yang sewajarnya bagi menjamin keluarga sentiasa dalam keadaan yang aman, harmoni dan bahagia.

Di dalam firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Di dalam ayat tersebut juga dinyatakan bahawa, suami atau seseorang individu itu bertanggungjawab untuk memastikan keluarga sentiasa dalam naungan agama yang sahih dan baik bagi menjamin keselamatan ahli keluarganya dari keburukan di akhirat.

Antara lain, para wali berperanan untuk memilihkan calon suami yang menepati kehendak anak perempuannya dan yang disukainya. Tidak begitu wajar, jika anak perempuan dipaksa untuk menikah dengan seorang lelaki yang tidak disuakainya. Dalam hal ini, para wali juga wajar mencarikan lelaki yang baik parasnya (yang disukai) di samping beberapa ciri yang sebelumnya.

Dalam hal ini, Ibnul Jauzi berkata:

“Disukai bagi yang ingin menikahkan anak gadisnya agar memilih pemuda yang bagus parasnya. Kerana kaum wanita juga menyukai apa yang disukai oleh kaum lelaki.” (Ahkaamun Nisaa’, hal. 203)

Ibu bapa dan para wali juga perlulah memerhatikan dengan siapakah anaknya dinikahkan. Ini adalah bagi memastikan anak gadisnya bernikah dengan orang yang tepat dan baik serta memastikan kehidupan rumahtangga yang bahagia di masa hadapan.

Dalam satu riwayat, ketika Fatimah binti Qais r.ha. datang kepada Nabi s.a.w. bagi mengkhabarkan bahawa Abu Jahm dan Mu’awiyah bin Abi Sufyan datang meminangnya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Mu’awiyah adalah lelaki miskin tidak punyai harta, adapun Abu Jahm adalah lelaki yang suka memukul wanita, maka nikahlah dengan Usamah bin Zaid.” Fatimah mengisyaratkan dengan tangannya tanda menolak, yakni jangan Usamah, jangan Usamah!

Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:

“Mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah lebih baik bagimu.” Fatimah berkata: “Akupun menikah dengannya dan aku bahagia sekali.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan supaya lelaki yang dipilih itu mampu memenuhi keperluan nafkah keluarga dan janganlah dinikahkan anak (wanita) itu dengan seseorang lelaki yang tidak pasti sama ada dapat melayani/menjaga anak gadisnya dengan baik atau tidak.

Selain itu, menurut imam Nawawi rahimahullah di dalam Syarh Sahih Muslim, beliau menyatakan tentang hadis ini bahawa:

“Adapun anjuran Nabi s.a.w. agar menikahi Usamah adalah kerana beliau mengetahui kadar agamanya, keutamaannya, keelokan perangai dan kemuliaannya. Maka Nabi menganjurkan agar menikah dengannya. Namun Fatimah tidak menyukainya kerana Usamah bekas budak dan warna kulitnya hitam. Maka Nabi s.a.w. terus menerus menganjurkannya agar menikah dengan Usamah. Kerana Rasulullah s.a.w. mengetahui kemaslahatannya bagi Fatimah. Dan ini terbukti.”

Terdapat suatu hadis yang lain yang menyatakan, lelaki dianjurkan dari kalangan yang mampu memberi nafkah yang baik/mampu.

“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, (no. 5066))

Dari ini juga membuktikan bahawa kesepadanan dan keselarasan dalam Islam adalah amat penting dan agama merupakan suatu asas yang paling utama mengatasi paras rupa dan kedudukan/harta.

Seterusnya, dianjurkan untuk seseorang wanita bernikah dengan lelaki yang sebaya usianya. Dan tidak digalakkan untuk seorang wanita menikah dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua darinya atau berusia.

Diriwayatkan dari Buraidah bin al-Hushaib r.a. ia berkata: “Abu Bakar dan Umar r.a. datang meminang Fatimah r.ha..” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ia masih kecil.”

Lalu Ali r.a. datang meminang dan Rasulullah s.a.w. menikahkan Fatimah dengannya. (Diriwayatkan oleh an-Nasa’i dengan sanad yang hasan)

Dan imam an-Nasa’i juga telah meletakkan suatu bab di dalam sebuah kitabnya (as-Sunan ash-Shugra) atas tajuk “Menikahkan Wanita dengan Lelaki yang Sebaya Usia Dengannya.”

Seterusnya, para wali berhak untuk menikahkan atau menawarkan anak gadis beliau kepada pemuda yang baik-baik. Ini dikira dari sudut agamanya (kesolehan).

Dalam Fathul Bari (9/83), al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

“Seseorang dibolehkan untuk menawarkan anak gadisnya atau wanita yang berada di bawah tanggungjawabnya kepada lelaki yang diyakini baik dan soleh. Kerana hal itu akan membawa manfaat kepada yang ditawarkan dan seseorang tidak perlu merasa malu untuk melakukan hal itu. Dan juga diperbolehkan ia menawarkannya kepada lelaki soleh walaupun ia sudah beristeri.”

Malah, wanita itu dibolehkan untuk menawarkan dirinya (untuk dinikahi) kepada lelaki yang diketahui kesolehannya.

Ini berdasarkan kepada suatu riwayat, dari anas bin Malik r.a. ia berkata: “Seorang wanita datang menawarkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah engkau mempunyai keinginan untuk menikahiku?””

Puteri Anas berkata: “Betapa sedikit rasa malunya, alangkah buruk wanita ini, alangkah jelek wanita ini!”

Anas berkata: “Dia lebih baik daripada dirimu. Ia mencintai Rasulullah s.a.w. dan menawarkan dirinya kepada beliau.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, 3/246, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)

Dalam persoalan ini juga, imam Bukhari telah meletakkan satu bab bertajuk “Seorang Wanita Menawarkan Dirinya Kepada Lelaki Soleh”.

Akhir sekali, adalah dilarang wanita yang baik dan solehah, dinikahkan/bernikah dengan lelaki yang buruk atau seorang penzina.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. ini,

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik…” (an-Nuur 24: 3)

Secara keselurannya, sebagai kesimpulan, diajurkan para wali atau wanita untuk memilih calon suami yang baik agamanya (lelaki soleh) sebagai keutamaan, memiliki daya kepimpinan yang baik dalam persoalan kekeluargaan, memiliki kemampuan dari segi kewangan dan ilmu, dan memliki keterampilan/personaliti yang disenangi oleh si wanita. Perlu ditekankan, bahawa dalam banyak riwayat, ditunjukkan bahawa pengaruh agama itu lebih diberi keutamaan berbanding ciri-ciri yang lainnya. Malah, di dalam beberapa hadis menunjukkan bahawa ada lelaki yang miskin namun baik agamanya, adalah diberi kepercayaan/saranan oleh nabi s.a.w. sendiri.

Pilihlah yang baik agamanya sebagai priority…

“… jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha mengetahui.” (an-Nuur 24: 32)

Wallahu a’lam…

Posted by: ibnusulaiman | 27 December, 2007

Michael Majid Wolfe tertawan dengan ibadat solat

“AGAMA kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit dan susah untuk difahami.Agama itu tidak memerlukan manusia perantara. Malahan, ia tidak menentang perkara tabii seperti seks.

“Dalam agama itu juga perlu ada ritual atau amalan harian agar kesedaran diri dapat dipertajamkan dan minda dapat didisiplinkan. Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu menggantikannya dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli… Dan semakin saya mengkaji Islam, semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari,” tegas pendirian pemenang Anugerah Wilbur 2003, Michael Majid Wolfe.

Kenyataan itu dipahat pada buku berjudul Taking Back Islam: American Muslims Reclaim Their Faith yang dikategorikan sebagai buku terbaik bertemakan keagamaan.

Hakikatnya, penonjolan beliau dalam dunia penulisan sama ada di media cetak mahupun media elektronik adalah kerjaya yang tidak dapat disangkal lagi. Antara buku-buku Majid Wolfe yang mendapat perhatian ialah The Hajj: An American’s Pilgrimage to Mecca (1993) dan One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage (1997).

Majid Wolfe sedang menyiapkan novel berjudul, Just Look At You Now dan baru menamatkan jilid keempat puisi bertajuk, Digging Up Russia. Beliau sekali sekala menulis dalam sebuah laman web iaitu Beliefnet.

Pada April 1997, beliau pernah ke udara dari Mekah melaporkan perkembangan ibadah haji di televisyen ABC. Program ini memenangi Anugerah Media daripada Majlis Perhubungan Awam Muslim. Pada Februari 2003, beliau berkhidmat dengan CNN International dan menerbitkan dokumentari setengah jam mengenai ibadat haji.

Sementara pada 1999, Majid Wolfe membantu penubuhan sebuah institusi media pendidikan yang memfokus kepada usaha mempromosikan keamanan menerusi media Unity Productions Foundation (UPF). Pada 2002, UPF berjaya menerbitkan filem pertama berjudul, Muhammad: Legacy of a Prophet, sebuah dokumentari televisyen selama dua jam mengenai sirah hidup baginda Rasulullah s.a.w.

Filem di bawah tanggungjawab Majid Wolfe itu berjaya ditayangkan di siaran National Geographic International. Kerja keras beliau berbaloi apabila usaha getir beliau mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Khas Juri bagi Dokumentari Profesional Terbaik.

Pada tahun ini juga, Majid Wolfe berjaya menyiapkan pembikinan dua filem berjudul: Cities of Light: The Rise anda Fall of Islamic Spain yang ditayangkan pada Ogos lalu. Ia diikuti filem yang dipetik daripada sebuah kisah benar perjuangan pembebasan seorang putera dari Afrika yang diberi judul, Prince Among Slaves.

Majid Wolfe dilahirkan pada 3 April 1945 di Amerika Syarikat (AS). Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Natijah daripada perkahwinan campur itu, beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian.

Pun begitu, kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi) dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula baginya diselimuti pelbagai misteri.

Beliau bukan sahaja seorang penyajak dan penulis malah Presiden serta Penerbit Eksekutif UPF. Selain itu, Majid Wolfe juga ialah pensyarah tetap terutamanya dalam menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu Islam di beberapa buah universiti sekitar AS termasuk di Harvard, Georgetown, Stanford, SUNY Buffalo dan Princeton. Beliau merupakan pemegang ijazah pengajian klasik dari Universiti Wesleyan.

Pengetahuan beliau tentang agama Islam bermula selepas banyak melakukan pengembaraan dan menulis di utara dan barat Afrika. Itupun kerana menerima biasiswa daripada Amy Lowell Traveling Poets pada 1970. Sepanjang dua tahun itulah, Majid Wolfe melahirkan buku puisi How Love Gets Around and World your Own, buku fiksyen berjudul, Invisible Weapons dan buku kisah pengembaraannya, In Morocco.

Pada tahun 1980-an, beliau kembali beberapa kali ke utara Afrika dan selepas bergelar Muslim, beliau menunaikan ibadat haji pada 1990.

“Di Afrika, sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam hidup saya dapat dilihat. Ia sekali gus mencelikkan hati dan minda saya tentang kecantikan Islam, iaitu dalam Islam tidak timbul soal perbezaan warna kulit dan bangsa. Saya boleh berlaga bahu dengan pelbagai puak meskipun kami berbeza warna kulit dan bangsa seperti orang Arab, Berbers dan juga orang Eropah yang beragama Islam.

“Mereka tidak seperti yang diamalkan oleh masyarakat Barat yang terlampau fanatik dengan hal-hal berkaitan ras, warna kulit dan status sosial. Namun tanggapan umat Islam dalam hal ini jauh berbeza, kepercayaan dan tingkah laku mereka lebih dipandang. Di dalam Islam, Allah tidak melihat seseorang itu menerusi kekayaan, penampilan atau faktor luaran tetapi ketakwaan dan keimanan kepada Pencipta itulah yang lebih dipandang,” katanya faktor inilah adalah sesuatu yang unggul dan baru bagi dirinya.

Malah akui Majid Wolfe, kata-kata Malcolm X suatu waktu dulu kembali segar dalam ingatannya iaitu yang berbunyi, “Amerika mestilah memahami Islam, kerana inilah satu-satunya agama yang tidak membezakan sesuatu bangsa itu. Manusia itu semuanya sama di sisi Allah. Mereka yang beriman dan bertakwalah yang lebih di pandang oleh-Nya”.

Lantaran itu, Majid Wolfe kembali ke Maghribi pada 1981 dan 1985 kerana merasakan berada di sana banyak mengembalikan memori indahnya sepanjang mengenali masyarakat Islam di Afrika. Apatah lagi, mempercayai agama Islam itu tidaklah bermakna beliau terpaksa melepaskan kebudayaan lamanya, asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Selain itu, pengalaman menyaksikan umat Islam menunaikan solat meninggalkan kesan kerohanian di dalam dirinya. Sejak itu, lokasi kegemarannya bila bercuti ialah Maghribi dan kalau tiada berkemampuan, buku-buku tentang negara tersebut akan dibaca.

Akui Majid Wolfe, semakin beliau mempelajari tentang Islam, semakin beliau akur dengan dirinya sebelum ini.

Posted by: ibnusulaiman | 25 December, 2007

upgrade RAM…eh PC la

bismillahirahmannirahimmm….25 -12-2007…pagi2 aku rase semacam ade tak kena lak…yer la ..apa x nye…cimbclicks   wat hal…aku login la ..inquiry balance ada la dalam 2K++ tapi time nak top up online tinggal 3XX ++ ..pelik… tkpe..mmg dah target nak beli RAM gak. Alhamdulillah sampai kat lowyat…aku gi jayacom( femes tempat aku beli hardware..sebab kawan aku da).. Aku bawak sekali DVD Combo Samsung nye brand.. bukan nk buruk2 kan jenama Samsung…tapi tak tau..harga murah but bad quality ..pada hal jarang benar aku guna DVD tp dah takleh guna..wahhhhhhhhhhhno idea lak..sok sambung la   

Posted by: ibnusulaiman | 24 December, 2007

Unmountable Boot Volume

When booting up to Win XP you may get a error that reads “Unmountable Boot Volume”. This is probably because your boot.ini file is messed up.

So, what do you do about it, panic and try to mount your boot in your computer…… No that is probably not a good idea.

You can boot to the XP cd and when you see the Welcome to setup press the letter R
You will get a dos prompt
Then type “chkdsk /p” without the quotes and hit enter
When that is done type “fixboot” and hit enter
“Y” and enter at the prompt
Then type “exit” and hit enter
The system will now reboot into Windows

If for some reason that don’t work for you, you can boot to the recovery console like above and…
Type “chkdsk /r” then enter
When done type “exit” and hit enter.
This will take longer, but the system should boot back into Windows.

uhuh….. aku hampir2 nak fomat hdisk.. nasib baik terjumpe cara nih kat google. selamat…

Posted by: ibnusulaiman | 23 December, 2007

Perjalanan ke KL…alhamdulillah

assalamualaikum n bismilllahirahman nirrahimm

 alhamdulillah tepat 1.00 petang aku sampai ke KL (umah sewa).secara ringkasan nye perjalanan dari umah(kg) ke KL lebih kurang cam ni la jika dipendekkan citer.

Umah (Pt surau)—> Selamat Toko Buku (Pt Raja- tunggu pipeng n nawie) —> Hentian Pagoh (rest jap) —> Shah Alam (SS2..amik bus RapidKL nk balik kg kerinchi) —> umah sewa

Alhamdulillah …sebenarnya saya tak merancang nk naik keta ngan pipeng..tp rezeki ALLAH tak da sapa menduga..syukran2..Kebetulan tiket nak balik KL hari ahad kehabisan… hanya doa n takwa je mampu saya usahakan ..pastu teringat kan member sekelas (pipeng ngan nawi)..Mekasih sahabat…

Saya ingat nk minta pipeng hanta sampai KL..tp takpe la..kesian dia…drive dari BP — Shah Alam…sekurang2nya dia dah bantu saya sampai ke KL memandangkan sok keja..hehe..OK tu jer

Posted by: ibnusulaiman | 22 December, 2007

jalan2 kat Batu Pahat

assalamualaikum,,,, wahh lama tak posting kat blog nih…

Perjalanan ke batu pahat…time ni aku ade kat Batu Pahat. Kat umah di Kampung tak de tenet da..nak publish post kat hand phone tak cukup kedit lak…terpakse jalan kat submit ngan member se batu pahat. Niat asal nak beli tiket balik KL sok (ahad,, tapi Isnin dah keja ).Malangnya tiket lak dah abis..Transional ke..KKKL(bas gagap..cuba try sebut)..Hasry..namun seme mengecewakan sebab sume tiket dah booking awl2… aiseymen..

Tanya member ni dia sugesst naik kete ngan kak nor ngan abg rashid tapi x jadi ar.,,, sebab byk sgt bidadari dalam keta tuh,,,Kol kat pipeng,…alhamdulillah ada la kereta nk balik KL tp aku kena tiung ke shah alam la,…sebab derang duk shah alam..kena gilir2 driving keta kapcai…

Ok…ttg raya haji lak…kampung aku agak menyedihkan sebab x org kg wat qurban..aku kurban ayam jela..dah tu ayam kat pasar je…wah

:((

sori la salleh..aku tak dapat gi walimah ko..kena balik pagi2 ma..

balik kg

Posted by: ibnusulaiman | 14 December, 2007

UM Info 2008 -v3.0

UM info sekarang memasuki fasa programming ..dimana aku ditugaskan dan diamanahkan oleh Sr Mokhtar Azizi Mohd Din selaku projek leader. Pada mulanya agak sukar untuk aku membuat analisa ttg pembangunan perisian tersebut. Ini kerana aku tak mempunyai pengalaman langsung tentang Geography Information Syst.

UM Info 2008 -v3.0

Selepas membuat analisa ttg keperluan perisian, aku mengambil keputusan untuk membangunkan system dengan menggunakan Visual Basic (versi 6) yang disokong dengan perisian Map Info Professional serta pangkalan database Microsoft Access.

Pada jangkaan aku kemungkinan besar projek ini mengambil masa 3-4 bulan kerana ia melibatkan operasi pergabungan 3 sistem sedia iatu GIS Land (pengurusan tanah), GIS Building(pengurusan bangunan) dan GIS Water(pengurusan bekalan air).

Itu sahaja penerangan serba ringkas ttg pembangunan perisian GIS UM Info . Doa sahabat2 amat saya perlukan sebagai tanda sokongan n ukhuwah .

 

Posted by: ibnusulaiman | 12 December, 2007

Tentang busy…[Time Management]

wahhhhhhhhhhh..macam- macam telah berlaku dalam tempoh seminggu . cari buku visual basic , belaja tentang mapInfo , macam2 la…Tak sampai seminggu plak..abg hekal dari OUM minta buat quotation untuk pembelian laptop untuk dia dan beberapa orang staf lain di OUM. Macam2 lagi la…

Saya pun agak kelam kabut di buatnya.Tapi dalam kesibukkan itu, saya tetap bersyukur kerana dapat menguruskan pelbagai amanah dengan elok.Betul la amanat Rasulullah tentang untuk bersedia menghadapi 5 perkara, masa sibuk, masa sakit, masa tua , masa miskin, masa mati.

Bila direnung kembali hadis tersebut, rasa kagum ngan baginda Rasulullah SAW. hehehe. Tentang masa yang saya nk bincang ni ialah berkenaan sibuk..Masa lapang bagi diri saya agak susah nak dibahagikan.Kerana amanah terlalu banyak. Antara amanah sebagai seorang anak, kawan, imam dan sebagainya. Kalo dikutkan hati mmg tak mampu nk wat semua tu. Alhamdulillah syukur….TIME MANAGEMENT & SCHEDULE TIME TABLE . Semua yang saya nk rancang saya dah list.

Posted by: ibnusulaiman | 29 November, 2007

Interview questions in IT field..want tips?

Assalamualaikum…

Hari ini aku nak share sal interview dalam sektor IT environtmental..Ramai junior2 di fakulti lama aku yang mana mereka semua dikalangan pelajar2 tahun akhir ingin mendapatkan tips berkenaan dengan pekerjaaan dalam bidang ini.

Pertama kali anda perlu siapkan diri untuk memecahkan ke’ego’an anda sebagai seorang pelajar.maksudnya di sini.pecahkan ketulan minda anda sebagai seorang pelajar.anda harus berfikiran matang dan terbuka dalam apa jua keadaan. kebanyakan calon temuduga gagal meyakinkan ramai majikan kerana mereka terlalu ego.

2nd..Jika anda mampu..seelok2nya sambung la belajar untuk mendapatkan certificate profesional yang menjurus kepada bidang kerja yang anda inginkan. Terlalu banyak certificate pro yang ditawarkan oleh syarikat gergasi IT seperti Microsoft..LINUX (SuSE, red Hat…), CisCo (networking academy)..adobe (Graphic)..macam2 lagi. Kenapa saya kata cam ni..percayalah..pointer di university hanya tiket sahaja..bukan kelayaka untuk dapat kerja.Tp certificate profesioan la yg dicari..Ade sesetengah org kata..baik x yah masuk U cam ni..belaja susah2 last tak de keja.Jangan kata cam tu..U ni ialah tempat di mana anda mengasah bakat sedia ada.Terpulang pada anda ..sekiranya di U anda hanya belaja semata2..mmg satu kesilapan yang besar..

3rd..keyakinan anda .Keyakinan anda amat penting..kalo x yakin cam mana nk jawab soalan2 yang di ajukan oleh majikan yang ingin mengambil kita.Ramai sangat yang fail dalam bahagian ni.Kekadang majikan tu hanya ingin kacau emosi(psikologi) anda je..tapi anda dah gelabah..hehehe

4th..Doa..part ini la ramai orang tinggal.Kena la buat doa before n after temuduga.Kita tetap memerlukan ALLAH dimana2..bila2 masa sahaja.Sebab anda kena yakin 100% bahawa rezeki tu ALLAH yang bagi..bukan manusia (betulkan akidah).Yang penting kena berusaha,,,

Posted by: ibnusulaiman | 22 November, 2007

Kenapa Mahasiswa Malas Membaca?..Kesan nya apa yer?

UIks ..Utusan Melayu bertarikh 22 Nov 2007..memang buat aku tak terkejut…Biasa la..MAHASISWA MEMBACA 12 BUAH BUKU SEPANJANG PENGAJIAN..

Apa Nak Jadi…Apa Nak Jadi.. Rating University Malaysia Jatuh lagi…apa dah jadi?

Kalo keadaan  tersebut didedahkan pada umum mmg korang semua tak caya…Yerla…Mak ayah ingat anak2 mereka belajar di Universiti tapi lain lak jadinya…remaja or pelajar (tak mo la gunakan mahasiswa – because tahap keintelektualan pelajar sekarang setaraf dak sekolah menengah je). Mahasiswa zaman sekarang kurang nilai keintelektualan mereka kerana banyak menjamah hiburan berbanding ilmu. Kat sini aku cakap secara general la..bukan secara total or keseluruhan pelajar IPT,

Pelajar kat IPT membaca sekadar untuk EXAM..diulangi sekali lagi EXAM…baca bila exam nk dekat..So kesannya… Ilmu tu hilang barakahnya la…abis exam buku or nota campak ke tong sampah ( Dah biasa tgk kat mana2 IPT).Kalo x buang ..pas kat adik2 junior.Siap ade wat duit lagi…jual soalan kena bayar2..hehehe. Kalo x caya..try tgk kat mana2 U.

Kalo dikaitkan ngan membaca ni, ramai gak yang membaca..tapi apa yang di baca..Biasalah..MANGGA..URTV..Majalah Hai..senang citer..majalah2 picisan atau berbentuk hiburan.Sume nak tau sal..Siti la..Erra la…Ina Naim la..Mawila…wat ever la.. Apa dah jadi…tak cukup tu…tambah2 sekarang ade cam artis bintang realiti..bertambah gamatla nk tau seme itu  ..ini..hatta sampai makanan kegemaran artis pun nak amik tau..sengal ar cam ni…Tak salah nk tau…tapi Nak buat ape..bukannya artis tu leh bantu korang seme time nk dapatkan kerja..malah koran berabis duit utk derang..

Bila dah cam ni…maka terjadi la isu yang mana pelajar2 sekarang tak tau menahu sal masalah yang berlaku dikalangan masyarkat.Antara masalah kemiskinan, gejala sosial n kekalutan poilitik.Sebab tu kalo diimbas zaman 60an..70an..80 an…mmg leh digelar MAHASISWA..kerana mereka mahasiswa pembela masyarkat.BUkan cam sekarang..lebih layak digelar pelajar je dari mahasiswa.

So apa2 pun..tindakan sekararng ialah mengubah kaedah pembelajaran @ pengajaran sesuai ngan keadaan masa ini.Solutions terpulang pada kerajaan..Universiti..dan yang paling penting DIRI sendiri…

 

Alamak dah masuk waktu zohor…jommmm surau…meh ramaikan rumah ALLAH 

 

Older Posts »

Categories