Posted by: ibnusulaiman | 26 July, 2007

Pasang PC kerja mudah

MINGGU lalu Gajet mengetengahkan pendekatan yang perlu diambil untuk membina komputer peribadi (pc) sendiri yang menepati keperluan seseorang.

Pada minggu ini ruangan ini akan mengetengahkan secara lebih terperinci kaedah persediaan dan pemasangan komponen PC.

Jika kebimbangan untuk menghasilkan kelengkapan lengkap yang berasaskan elektronik bertenaga dianggap sukar, anda perlu berfikir dua kali kerana kaedah untuk memasang PC adalah menyeronokkan dan memberikan kepuasan, bermula daripada proses yang sudah dijelaskan sebelum ini.

Seperti dijelaskan minggu lalu, pemilihan ‘casing’ atau badan komputer yang sesuai adalah perlu, bagi memastikan PC yang bakal dibina mampu menawarkan kualiti penyampaian bertenaga.

Pemilihan ‘casing’ memerlukan anda mengambil kira rancangan jangka panjang kerana saiznya menerusi menara pertengahan dan lengkap membolehkan pengguna mempertingkatkan prestasi penyampaian komputer dengan penambahan komponen tertentu pada masa depan.

Berikutan itu, ‘casing’ yang mempunyai reka bentuk ATX dapat menepati kehendak anda dan seharusnya bersesuaian dengan papan induk ATX yang mudah di peroleh di pasaran masa kini.

Selepas ‘casing’ dibuka di bahagian sisinya, ia perlu dibersihkan sebagai langkah persediaan sebelum aktiviti pemasangan dilakukan.

Seterusnya, kenal pasti bahagian dalaman ‘casing’ yang turut dilengkapi dengan permukaan berlubang atau slot yang disediakan bagi membolehkan papan induk sentiasa berada dalam keadaan statik walaupun pc itu ditegakkan.

Apabila ‘casing’ yang dilengkapi unit bekalan tenaga (PSU) dikenal pasti, proses pemasangan dapat dimulakan dengan menempatkan papan induk terbabit di ruangan sebelah tepi bahagian tidak dibuka (kebiasaannya) iaitu sejajar di segmen belakang komputer pelindung Input dan Output.

Papan induk adalah komponen utama PC yang dilengkapi dengan sambungan kepada komponen komputer lain.

Pemilihan papan induk yang menepati kehendak pengguna juga akan menentukan jumlah ruangan maksimum disediakan bagi kad PCI yang boleh dikembangkan dan juga jumlah memori RAM yang boleh dipasang.

Kebiasaannya, bagi memudahkan proses pemasangan komponen di papan induk, ia akan dilakukan sebelum papan induk dipasang di dalam kasing; tetapi bergantung juga kepada keselesaan anda.

Unit pemprosesan pusat (CPU) adalah antara komponen utama yang turut dipasang kepada papan induk itu apabila ia menjadi sumber pemprosesan dan pengkomputeran kepada pengguna.

Pemilihan CPU yang sesuai perlu dilakukan dengan teliti bagi menepati jenis dan keupayaan papan induk yang digunakan.

Ia membabitkan pemilihan CPU yang ditawarkan daripada dua jenama utama dunia iaitu AMD dan Intel.

Pemasangannya boleh dilakukan dengan menempatkan soket CPU terbabit di ruangan penempatan yang disediakan.

Rekaan cpu yang unik membolehkan ia ditempatkan di atas soket papan induk dan ia akan kekal di posisinya jika proses pemasangan dilakukan dengan betul.

Seterusnya anda boleh memasang cip RAM pada papan induk; tetapi sebelum itu pastikan persediaan awal dilakukan dengan mengetahui posisi komponen itu bakal ditempatkan sebelum ia dikeluarkan daripada beg perlindungan elektrostatik.

Jika ruangan penempatan cip RAM sudah dikenal pasti, pegang komponen itu di bahagian hujung dan tekan cip itu daripada atas pada soket yang disediakan.

Cip RAM yang sesuai digunakan adalah DDR-RAM yang menawarkan sistem storan memori jangka pendek dan ketika ini kapasiti 256 megabait adalah kapasiti minimum yang boleh digunakan berdasarkan faktor penggunaan pc lebih rumit.

Perkakasan utama seterusnya yang perlu dipasang adalah pemacu cakera keras yang menyimpan memori jangka panjang komputer yang akan kekal walaupun komputer ditutup.

Kabel riben akan dipasang di bahagian belakang pemacu keras itu bagi membolehkan isyarat dihantar ke papan induk dan sambungan tenaga daripada PSU menjadi sumber tenaga utama komponen terbabit.

Proses pemasangan komputer lengkap akan diteruskan dalam Gajet minggu depan dengan membabitkan komponen lain termasuk pemasangan sistem operasi PC.

INFO:

# Lebih laju bahagian piring pemacu keras berpusing, lebih pantas ia memproses maklumat.

# PSU menyediakan bekalan tenaga yang disambungkan kepada papan induk, pemacu keras, pemacu CD-RW dan komponen lain.

FTips mengendalikan komponen perkakasan komputer:

# Pastikan kesan elektrik yang terdapat pada tangan dialihkan kepada bekas besi pc sebelum memegang komponen yang sensitif.

# Pegang bahagian komponen atau perkakasan yang kurang sensitif.

# Pastikan anda memegang perkakasan itu di bahagian hujung sudutnya bagi mengelakkan sebarang kerosakan kepada komponen.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: