Posted by: ibnusulaiman | 18 November, 2007

Silaturahim..Apa korang faham tentangnya?

Assalamualaikum

Coretan malam ni berkenaan dengan silaturahim, Kenapa la tajuk ni aku nak bentangkan malam ni yer? Ntah la mungkin ade kebenarannya betapa penting nya hubungan silaturahim dalam kehidupan manusia.

Hubungan silaturahim jua la yang meyebabkan wujudnya manusia di muka bumi .Tatakala Nabi Adam AS diturunkan  ke bumi.Perkara pertama ALLAH suruh wat ialah mencari Siti Hawa..Dari pertemuaan itu maka generasi manusia di muka wujud dari pertemuan dan silaturahim tersebut.Kalo kita fikir sejenak, Subahanallah…macam2 bangsa ade kat muka bumi..ade kulit hitam ..putih..dan macam2 la.Takleh nak kata apa. Sebab tu korang jangan la nak kutuk2 ssuatu bangsa lain berdasarkan warna kulit or kecerdikan tu semua.Tapi ingat nilai ketaqwaan yang menjadi kayu ukur di sisi ALLAH Taala.

Dewasa ni,bila tgk keadaan manusia yang sering bertelagah menyebabkan aku rase tak sedap hati, Mungkin kerana pangkat @ kuasa, kekayaan menyebabkan manusia lari dari fitrah yang sejati iatu mereka saling memerlukan di antara satu sama lain. Bila dengar khutbah setiap Jumaat ade menyatakan tentang kepentingan untuk kembali kepada kitab ALLAH dan Al Hadis Rasulullah SAW. Tetapi bila jumaat kita tido..(aku tak terkecuali gak).So camana la kita nk dapat ilmu yang bermanfaat.Tu pun ALLAH mensyariatkan kewajipan solat Jumaat.

Islam begitu cantik systemnya..cuba kita fikirkan kenapa kita kena solat fardu secara berjemaah di masjid bagi lelaki dan kalo wanita pula kaum ibu @perempuan kena berjemaah di kalangan anak peerempuan nya.Tak cukup tu pula ALLAH mensyariatkan solat fardu Jumaat seminggu sekali..Tak cukup itu juga , bagi yang mampu..ALLAH mensyariatkan supaya mengerjakan haji. Ini semua ALLAH perintahkan supaya manusia menghubungkan silaturahim.

Amat sedih sekali berlaku gejala memutuskan silaturahim,Mungkin benarlah kata – kata Rasulullah seperti mana di bawah

” Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

Ini menunjukkan bahawa kiamat sudah dekat..cuma kita sedar or tak.

Alamak dah masuk waktu Isya’.Aku nak gi surau..jom surau

Ukhuwah Fillah


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: